Perjalanan Si Tua dalam Novelet “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua”:

Suatu Penelitian Gerontologi

 

(The Journey of the Old in the Novelette Sebuah Mimpi Buat Hari Tua”: A Gerontolgy Study)

 

Mohamed Nazreen Shahul Hamid

mohamednazreen25@gmail.com

 

Md. Salleh Yaapar

mdsalleh@USM.MY

 

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia.

Abstrak

Shahnon Ahmad ialah seorang penulis yang diangkat sebagai Sasterawan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, beliau seorang intelektual awam yang digemari oleh masyarakat. Buktinya karyanya Shit (1999) yang amat kontroversial. Dalam berkarya beliau tidak kenal kawan atau lawan, tidak gentar mengungkapkan apa-apa sahaja idea dan pendiriannya. Karyanya mulai tahun 60-an banyak sekali mengetengahkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat, di desa dan di kota. Namun begitu, sejak sekitar awal 2000-an apabila memasuki usia emas, Shahnon memperlihatkan perubahan yang ketara dalam penulisannya. Beliau jelas kelihatan mula menerapkan penghayatan usia emasnya dalam karyanya. Dalam konteks tersebut, makalah ini bertujuan menganalisis novelet “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” (2003) dengan tumpuan terhadap keperihalan manusia pada usia emas. Karya ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian gerontologi kritikal oleh Nancy R. Hooyman dan H. Asuman Kiyak. Kajian mendapati novelet “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” memenuhi tiga dimensi dalam kajian gerontologi kritikal iaitu biologi, psikologi dan sosial. Malah, karya ini juga memperlihatkan apa-apa yang dipaparkan oleh pengarang kelihatan selari dengan pandangan para sarjana dalam gerontologi kritikal. Penemuan kajian ini penting kerana hasilnya menegaskan kedudukan novelet “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” sebagai suatu bahan gerentologi sastera.

Kata kunci: usia tua, gerontologi kritikal, dimensi biologi, dimensi psikologi, dimensi sosial, gerontologi sastera

Abstract

Shahnon Ahmad is a writer who has been elevated as a National Laurate by the Malaysian government. At the same time, he is a public intellectual well-liked by his community. As evidenced by the highly controversial novel Shit (1999), in producing his works he did not consider friends or opponents, and was never afraid in expressing his ideas and conviction. His works starting from the 60s often highlight various issues plaguing the communities in the urban and rural areas. However, since the early 2000s when Shahnon was at the later stage of his life, his writing had undergone an extreme change. He started to incorporate his experience of old age in his works. In this context, this article aims to analyse a novelette titled “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” (2003), with the focus on the human condition at old age. This work is analysed based on the conceptual framework of critical gerontology by Nancy R. Hooyman and H. Asuman Kiyak. This study finds that the novelette “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” fulfils three dimensions of gerontology, namely biological, psychological, and social. In fact, this literary work shows similarities between the author’s perspectives and the views of scholars in critical gerontology. The findings of this study are important because they assert the position of “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” as a material for literary gerontology.

Keywords: aging, critical gerentology, biological dimension, psychological dimension, social dimension, literary gerontolgy

RUJUKAN

Brussoni, M.J & Boon, S.D. (1998). “Grandparental impact in young adults’ relationship with their closet grandparents: The role of relationship strength and emotional closeness. International Journal of Aging and Human Development, 45, 267-286.

Cary S. Kart & Jennifer M. Kinney. (2001) The realities of aging: An introduction to gerontology. New Yok: Pearson.

Chee Yee Tang. (1993). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Cherlin, A. & Furstenberg, F.F. Jr. (1985). Styles and strategies of grandpareting. Beverly Hills: Sage.

Hooyman, Nancy R. & H. Asuman Kiyak. (2008). Social gerontology: A multidisciplinary perspective. New York: Pearson.

Rahimah A. Hamid. (2017). Proses kreatif sensitiviti dan kreativiti pengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saedah A. Ghani. (2011). “Anak, cucu peneman di usia tua”. Utusan, 30 Disember, 34.

Shahnon Ahmad. (2003). Lamunan puitis – sebuah trilogi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (2003). “Sebuah Mimpi Buat Hari Tua” in Lamunan Puitis – Sebuah Trilogi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 3-108.

Sugeng Sugiyono. (1993). “Memahami Tabiat dan Karakteristik Sastra dalam Islam” dalam Bunga Rampai Bahasa Sastera dan Kebudayaan Islam. Disunting oleh Sugeng Sugiyono. Yogjakarta: Fakultas Adab IAIN Sunan Kalijaga.

Zeilig, Hannah. (2011). “The critical use of narrative and literature in gerontology”, International Journal of Ageing and Later Life, 6 (2), 7-37.

[Full Text]

Comments are closed.